top of page
CAELUM logo.png

APA ITU SINEMATOGRAFI?

Menurut (Aka Kamarulzaman: 2005, 642) dalam Kamus Ilmiah Serapan Bahasa Indonesia, Sinematografi diertikan sebagai ilmu dan teknik pembuatan filem atau ilmu, teknik, dan seni pengambilan gambar filem dengan sinematografi. Secara etimologinya, ia berasal daripada bahasa latin iaitu Kinema (gerak) , Photos (cahaya), Graphos (lukisan/tulisan). Dengan kata lain, ia merakam atau melukis pergerakan objek mengikut bantuan cahaya pada sesuatu tempat. Manakala sinema (cinema) bermaksud sebagai gambar hidup, filem, atau gedung bioskop.

PERANAN SINEMATOGRAFI

Dalam Praproduksi

  1. Belajar dan menganalisis skrip, watak, dan memahami keseluruhan penceritaan.

  2. Bekerjasama dengan pengarah, pereka, busana, dan tatarias untuk menghasilkan bentuk visual yang cantik dan sesuai dengan warna dalam adegan tersebut.

  3. Meninjau dan bekerjasama degan pengarah dan krew produksi tentang pemilihan tempat yang sesuai untuk pembikinan filem.

  4. Berunding dengan pengarah dan penerbit untuk jenis filem dan jenis kamera yang ingin digunakan.

​

Semasa Produksi

  1. Membuat rekaan pencahayaan untuk membantu penceritaan, gaya, dan kandungan yang dramatik dalam sesuatu filem.

  2. Melihat adegan percubaan untuk di shot. Ini juga penting kerana ia sinematografi dapat melihat di mana bahagian yang perlu ditekankan sama ada dari sudut pandangan bawah, ekspresi muka, close up, dan wide shot.

​

Pascaproduksi

  1. Menambah adegan atau reshoot adegan jika diperlukan.

MAKNA SYOT

   Syot adalah cara pengambilan sudut objek yang dirakam sama ada jarak dekat mahupun jauh. Di samping itu, syot juga berperanan memberi kesan kepada sesuatu filem sesuai dengan genre filem tersebut. Dengan adanya syot-syot yang menarik dan pelbagai, ia mampu menarik audiens dan membolehkan audiens tahu genre filem yang ditanyangkan sama ada genre aksi, sci-fi, seram, dan sebagainya.

​JENIS-JENIS SYOT YANG DIGUNAKAN DALAM FILEM MAHKOTA MERAH 

  1. Extreme Wide Shot (long)             Very Wide Shot

  2. Medium Shot                    Medium Close Up

  3. Close Up                             Extreme Close Up

  4. Two Shot

  5. Over The Soulder (OTS)

  6. Point of View (POV)

©2019 by Caelum Productions. Proudly created with Wix.com

bottom of page